Wednesday, March 14, 2012

Bank Rakyat sumbang RM1 juta


ISMAIL SABRI (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek bantuan banjir daripada Bank Rakyat kepada Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) menghulurkan bantuan wang tunai RM1.026 juta kepada 3,420 keluarga yang menjadi mangsa banjir di kawasan Ampang dan Hulu Langat baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban mangsa bencana itu.

“Setiap keluarga menerima bantuan RM300 dan wang ini akan diagihkan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) Selangor.

“Bantuan sebanyak RM900,000 diperuntukkan untuk mangsa banjir di Hulu Langat manakala RM126,000 lagi kepada mangsa di kawasan Ampang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: