Wednesday, March 14, 2012

Diskaun 50 peratus untuk Kategori Terbuka Wanita


DISKAUN 50 peratus yuran ditawarkan kepada pelajar wanita untuk menyertai Liga Futsal Remaja Johor 2012 Mpire Kosmo!. - Gambar hiasan


JOHOR BAHRU - Berita baik bagi golongan wanita yang menggemari sukan futsal dan berhasrat untuk turut serta dalam Liga Futsal Remaja Johor 2012 Mpire Kosmo!.

Pihak penganjur akan memberikan potongan yuran penyertaan 50 peratus bagi kategori Terbuka Wanita bagi mereka yang masih belajar sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi.

Koordinator pertandingan, Rozaimi Abdul Samad berkata, mereka akan dikenakan yuran sebanyak RM50 sahaja berbanding RM100 sebelum ini.

"Keputusan memberi diskaun ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan golongan wanita," katanya kepada Kosmo! semalam.

Rozaimi berharap pasukan wanita di Johor mengambil peluang berkenaan sekali gus memberi saingan sengit kepada pasukan negeri lain.

"Jika lebih ramai yang turut serta, matlamat untuk mencari lebih ramai bakat baharu terutama wanita akan dapat direalisasikan," tambahnya.

Pertandingan futsal akan bermula di Batu Pahat pada 28 dan 28 April diikuti Kluang (12 dan 13 Mei), Segamat (26 dan 27 Mei), Pontian (2 dan 3 Jun), Kota Tinggi (23 dan 24 Jun), Mersing (7 dan 8 Julai), Muar (29 dan 30 September), Kulaijaya (6 dan 7 Oktober), Johor Bahru (3 dan 4 November) dan Grand Final juga di Johor Bahru pada 9 Disember.

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan setiap pasukan akan dikenakan bayaran sebanyak RM100 bagi kategori Lelaki Bawah 17 tahun dan Terbuka Wanita manakala Lelaki Bawah 12 tahun sebanyak RM70.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Pertandingan di talian 013-7860313 atau layari laman Facebook Liga Futsal Mpire Kosmo!.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: