|
|
SOS sangat penting untuk sesuatu masakan. Sesetengah makanan perlu kita nikmati bersama sos dan sudah semestinya ia mempunyai fungsinya tersendiri.
Terdapat pelbagai sos yang boleh anda buat sendiri bergantung kepada kreativiti di rumah dan jenis makanan. Sama ada ia adalah makanan yang masin atau pencuci mulut manis.
Sos merupakan cecair yang berkrim likat atau separa yang digunakan dalam masakan.
Sebenarnya sos berfungsi untuk menambah rasa kepada makanan , melembapkan, memberi khasiat tambahan dan menaikkan seri serta selera sesuatu makanan itu apabila ia dicurahkan.
Kesannya ia kelihatan lebih menarik untuk dinikmati. Ada sos diperbuat daripada komponen cecair dan asas sos yang baik adalah menggunakan stok yang berkualiti.
Namun demikian ada juga sos yang kurang menggunakan cecair. Contohnya yang menggunakan buah-buahan dan sebagainya. Tekstur bahan itu agak pejal dan sedikit sahaja air digunakan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: