Pasangan bercinta yang sedang merancang untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, saat ini pastinya sudah mula sibuk memikirkan tentang majlis yang akan dilangsungkan.
Soal pakaian, pelamin, bunga telur, cenderahati, jamuan dan pelbagai lagi perkara remeh-temeh, berlegar dalam kepala sehingga ada ketika mencetuskan rasa panik apatah lagi jika tarikh persandingan semakin hampir.
Seperkara yang kerap terlepas pandang dan dibuat saat-saat akhir sedangkan ini amat penting ialah menyiapkan kad undangan bagi menghebahkan tarikh berlangsungnya majlis .
Pengurus Cawangan Syarikat Percetakan CJ Print Pandan Indah, Selangor, Salihudin Ahmad Khalid berkata, tempoh dan masa tempahan kad undangan adalah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pasangan.
Kad kahwin dah semakin kreatif pada zaman skang
ReplyDelete