Sunday, March 25, 2012

17 peserta layak ke peringkat akhir


PESERTA yang akan bersaing bagi merebut gelaran juara Pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda 2012 di SACC Mall, Shah Alam hari ini.


SHAH ALAM - Sebanyak 17 peserta bakal berentap bagi merebut gelaran juara Pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda 2012 yang akan diadakan di SACC Mall, Shah Alam di sini hari ini.

Mereka dipilih daripada 42 peserta yang bertanding pada saingan separuh akhir semalam.

Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, pemenang dipilih berdasarkan penggayaan tudung yang menarik dan mampu menaikkan seri wajah dan penampilan diri mereka.

"Mereka akan dinilai oleh barisan juri yang arif dalam dunia fesyen dan peragaan kerana pemenang akan dilantik menjadi model tudung Fareeda," katanya selepas pertandingan separuh akhir di sini.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 manakala tempat kedua meraih RM2,000 dan lima helai tudung bernilai RM1,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: