JELITAWAN TERPILIH. Seramai 15 gadis daripada 60 peserta dari seluruh Sarawak mula bersaing untuk dinobatkan sebagai Ratu Festival Menuai Sedunia 2012 selepas masing-masing layak ke peringkat akhir pertandingan itu di Kuching semalam.
Para peserta yang dihakimi berdasarkan penampilan fizikal, personaliti dan bakat akan bersaing pada peringkat akhir di Kampung Budaya Sarawak (SCV), Kuching pada 26 Mei ini sempena festival itu.
Pengarah festival yang juga Pengurus Pemasaran dan Jualan SCV, Zaini Zainuddin memberitahu, pertandingan kali ini dijangka lebih kompetitif memandangkan para peserta akhir pada tahun ini lebih berbakat, memiliki latar belakang akademik yang baik dan lebih berkeyakinan.
"Pertandingan Ratu Festival Menuai Sedunia 2012 adalah acara tahunan anjuran SCV sejak 1999 dan disokong oleh Kementerian Pelancongan Sarawak," katanya semalam.Untuk maklumat lanjut mengenai festival tersebut boleh layari http://www.facebook.com/pages/World-Harvest-Festival.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: