Monday, March 26, 2012

Kem Integriti Remaja bina jati diri pelajar


Wakil kumpulan peserta yang mengikuti Kem Integriti Remaja IPD Sepang bersama sijil penyertaan masing-masing selepas acara penutup kem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor menganjurkan Kem Integriti Remaja (KIR) 2012 bagi membina jati diri, ketahanan mental dan fizikal golongan remaja dalam menghadapi realiti kehidupan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, DSP Zaldino Zaludin berkata, KIR berjaya mencapai objektif utamanya untuk menjana minda remaja agar mempunyai wawasan yang jelas serta berfikiran terbuka dari segi mental dan fizikal.

"Ia juga berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian pelajar serta memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang," katanya pada majlis penutupan kem tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: