
KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengungguli Anugerah Platinum bagi Laporan Tahunan Terbaik pada Anugerah Laporan Korporat Tahunan Nasional Terbaik (NACRA) 2011.
Pada majlis berkenaan, TM telah membolot anugerah tertinggi bagi lima kategori iaitu Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan bagi Laporan Tahunan Terbaik - Anugerah Platinum, Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Syarikat Papan Utama di dalam kategori Perdagangan dan Perkhidmatan.
Anugerah lain ialah Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik - Anugerah Perak, Anugerah Laporan Tahunan dalam Bahasa Malaysia Terbaik - Anugerah Perak dan Anugerah Reka Bentuk Laporan Tahunan Terbaik - Anugerah Perak.
Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, ia bukti jelas terhadap usaha syarikat mengetengahkan standard urus tadbir korporat, ketelusan dan pendedahan maklumat yang tepat kepada para pemegang saham.
"Tahniah kepada jawatankuasa kerja dan semua di TM yang berusaha mencapai kejayaan terbaik ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: