Carrefour tawar harga rendah

Pasar raya besar pertama, Carrefour Malaysia, membuat pelaburan RM4 juta sebulan sebagai inisiatif membantu menurunkan harga produk makanan segar dan keperluan harian kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Carrefour Malaysia-Singapura, Stephen Deutsch berkata, Carrefour melancarkan tawaran harga istimewa pertama negara bagi produk terpilih selama 17 hari bermula esok di cawangan seluruh negara.

“Setiap hari pengguna menikmati harga menarik 100 produk makanan dan bukan makanan berbeza setiap minggu dengan harga terendah sehingga 80 peratus.

“Hari pertama, kami menjual ayam dengan harga serendah RM3.90 sekilo,” katanya selepas sambutan ulang tahun ke-17 Carrefour di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, Carrefour kini mempunyai 26 cawangan di seluruh negara termasuk dua cawangan terbaru di Bukit Minyak dan First Avenue. Carrefour juga berharap membuka lebih banyak cawangan baru beberapa bulan akan datang.

Tawaran hebat Carrefour yang berlangsung sehingga 4 Disember depan penghargaan kepada pelanggan dengan menurunkan harga untuk produk segar, barangan, perkhidmatan dan kemudahan, sekali gus mengurangkan beban membeli belah.

Katanya, Carrefour terlibat program Tukar dan kini mempunyai 86 kedai runcit yang telah dimodenkan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggu-naan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Carrefour banyak membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memasarkan produk-produk PKS.

“Penglibatan bantu promosi produk tempatan, bukan sahaja dalam negara tetapi juga antarabangsa,” katanya.