Dalam majlis penyampaian dan persijilan Superbrands kali keenam, 32 jenama tempa-tan menerima persijilan Superbrands menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Nielsen pada Februari lalu.
Jenama tersebut termasuklah Gardenia; Colgate; Honda; Sony; FireFly; Smart Reader; dan Blackmores yang telah dikenal pasti sebagai jenama kegemaran pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Superbrands, Mark Pointer berkata, penyampaian dan persijilan jenama ini adalah untuk meraikan dan memberi perakuan terhadap pencapaian dan kualiti daripada beberapa jenama paling kukuh dan berpotensi.
“Pengguna hari ini amat peka dengan jenama yang mempunyai logo Superbrands dengan adanya logo tersebut dapat membantu jenama untuk bersaing, mengekalkan kesetiaan serta memberi jaminan kepada pelanggan untuk membuat pilihan jenama yang tepat,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilakukan, seramai 73 peratus pengguna yang tahu mengenai Superbrands mengatakan bahawa mereka mempercayai Superbrands dengan reputasi yang baik manakala 84 peratus lagi mendakwa mereka lebih cenderung untuk membeli barangan Superbrands.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: