Tuesday, February 8, 2011

Suzuki Kizashi bakal masuki pasaran tempatan

SUZUKI Kizashi dijangka beri saingan kepada model sedia ada.
SUZUKI Kizashi dijangka beri saingan kepada model sedia ada.
Kereta jenis ‘sports sedan’ diperkenal Februari atau Mac

SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd, anak syarikat DRB Hicom Bhd yang menjadi pengedar kenderaan Suzuki di Malaysia akan mengembangkan lagi pasarannya dengan meneroka segmen kereta sedan saiz sederhana menerusi model Suzuki Kizashi.Model dengan enjin 2.4 liter itu berkemungkinan di bawa masuk ke negara ini oleh syarikat itu bulan ini atau bulan depan.
“Kami akan membawa masuk model ini. Buat masa ini kami masih menunggu kelulusan kerajaan berhubung struktur cukainya,” kata jurucakap syarikat itu kepada Berita Harian.

Beliau enggan menyatakan anggaran harga bagi model itu kerana masih belum dimuktamadkan, tetapi penganalisis industri automotif menjangkakan model berkenaan mungkin ditawarkan dalam lingkungan antara RM130,000 dan RM140,000.

Kizashi yang bermaksud ‘amaran’ dalam bahasa Jepun seolah-olah memberi gambaran mengenai saingan sengit yang bakal diberikan model itu kepada pengeluar kereta lain.

Malah banyak pihak beranggapan model itu adalah contoh kepada model masa depan pengeluar kereta Jepun itu yang sebelum ini lebih menumpukan kepada kereta kompak dan kenderaan pacuan empat roda (4X4).
Dikatakan sebagai model terulung Suzuki, Kizashi dijangka memberikan saingan kepada model seperti Nissan Sylphy dan Teana, Honda Accord dan Toyota Camry bergantung kepada berapa harga jualan yang akan ditetapkan.

Namun penganalisis industri automotif itu berkata, berdasarkan kepada kejayaan strategi Suzuki Malaysia sebelum ini yang lebih menyasarkan kenderaannya kepada pasaran khusus, seperti yang dilakukannya bagi model Swift dan SX4, ia mungkin akan meletakkan model itu dalam segmen pasarannya yang tersendiri.

“Difahamkan model berkenaan akan dipasarkan Suzuki Malaysia sebagai ‘sports sedan’ bagi membezakan pasarannya dengan Toyota Camry dan Honda Accord, dengan sasaran pelanggannya di kalangan eksekutif yang berjiwa muda,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: