Wednesday, February 9, 2011

PM lancar Teraju kukuh pembangunan Bumiputera





Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi memperkukuh agenda pembangunan golongan itu, semalam.

Perdana Menteri berkata agensi itu akan berfungsi bagi menerajui, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Teraju akan memberi tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan; pembiayaan; pendidikan dan penggajian; penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan stakeholders, katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Menurutnya, bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang berkesan, peranan Teraju akan meliputi beberapa aspek dan dimensi.

“Kita minta supaya Teraju dapat memastikan hasil dalam jangka waktu terdekat. Ini meliputi tindakan-tindakan yang boleh membawa kejayaan dalam masa terdekat.

“Teraju juga diminta meningkatkan keberkesanan institusi termasuk mengkaji sama ada terdapat pertindihan dengan pelbagai badan dan institusi pada masa ini dan melihat keberkesanan institusi itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: