Wednesday, February 9, 2011

Beckham-Posh bakal dapat anak perempuan



Akhirnya impian pasangan popular, David Beckham dan Victoria untuk mendapat cahaya mata perempuan tercapai. Hasil pemeriksaan doktor terhadap kandungan Victoria mengesahkannya.

Menurut sumber, bayi yang bakal lahir itu dijangka anak terakhir mereka setelah pasangan itu menunggu begitu lama. Sebelum ini, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz.

Bagi pasangan ini, kesemua impian mereka telah tercapai dengan kehadiran cahaya mata perempuan dan mereka juga sudah mula memikirkan kehidupan selepas pencen kelak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: