Wednesday, February 9, 2011

Maxis perkenal perkhidmatan penyelenggaraan tanpa wayar




Peneraju penyedia komunikasi bersepadu utama di Malaysia, Maxis Berhad (Maxis) memperkenalkan ‘Maxis Managed M2M’, perkhidmatan pertama dalam negara yang menyelenggarakan perkhidmatan tanpa wayar dari mesin ke mesin.

Pelancaran perkhidmatan terbaru ini meningkatkan keupayaan tanpa wayar yang lebih berinovatif kepada kepelbagaian peralatan melebihi peralatan tradisional bagi sebarang jenis perniagaan.

Naib Presiden dan Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, Maxis Managed M2M menawarkan kelebihan yang unik kepada komuniti perniagaan, di samping menjadikan sambungan peralatan tanpa wayar ke dalam peluang ekonomi kolektif.

Menurutnya, M2M turut memberi kelebihan kepada pemilik perniagaan mendapatkan maklumat mengenai proses perniagaan yang dijalankan, lebih automasi untuk menguruskan aset bagi meningkatkan produktiviti dan membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan pada kadar yang lebih rendah.

“Perkhidmatan M2M adalah satu set rangkaian jaringan IT dan teknologi yang menghubungkan pelbagai sistem fizikal dunia," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: