![]() |
| |
PENOLONG Pengurus Unit Perkhidmatan Domestik, Maktab Kerjasama Malaysia ini cukup arif tentang barangan antik terutama melibatkan kerjatangan Melayu asli.
Namakan apa saja - tali pinggang, pending, kepala bantal, gelang kaki, dokoh, tabak, cangkuk kelambu, tepak sirih dan talam - semuanya di dalam otak Datu Zahiruddin Datu Tambuyong.
Pengetahuan lelaki yang mesra disapa Zahir berkenaan minatnya itu juga cukup jelas dan setaraf dengan pakar barangan purba di muzium.
Warisan moyang
Biar pun kebanyakan barangan tersebut wujud pada zaman sebelum jajahan Jepun tetapi minat lelaki yang baru mencecah usia 34 tahun amat tinggi. Setelah lama berbual, barulah diketahui Zahir sebenarnya generasi ketiga mewarisi kesemua harta berkenaan.
''Kebanyakan barangan tersebut adalah pusaka moyang saya yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Kalau saya tak tahu tentang fungsi barangan itu, saya akan rujuk kepada ibu, Noorsiah Kassim,'' katanya pada pertemuan Rabu lalu.
Anak sulung daripada empat beradik ini juga cukup sayangkan koleksi 50 harta antik dan klasik yang ada dalam simpanannya itu. Setiap barangan diberi penjagaan rapi malah jika ada keperluan untuk untuk 'merawat', ia akan disegerakan kerana tidak mahu berlaku sebarang susut nilai.
Proses merawat termasuk membasuh barangan tersebut menggunakan air asam agar kelihatan lebih 'baru' dan lebih cantik.
Setiap rekaan corak lama yang dipamerkan pada barangan memaparkan ciri-ciri serta keistimewaan tersendiri. Contohnya, corak pada dokoh atau rantai leher seperti daun sukun, bunga kelapa atau corak-corak Minang dipakai mengikut kesesuaian si pemakai.
Begitu juga dengan talam kuih yang menampilkan corak merak dan gajah di bahagian atas t yang dilihat cukup unik dan cukup untuk menggambarkan nilainya.
Ditanya sejak bila tercetus minat untuk mewarisi 'penyakit keturunan' tersebut, lelaki ini menyungging senyum.
Katanya, semua bermula tatkala usianya mencecah 10 tahun mengikut bapanya mencari antik di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Itu tidak termasuk menjejakkan kaki ke kedai pajak untuk membeli semula barangan antik yang telah dilelong.

KURSI(UKURAN KURSI NORMAL),KERIS,PRASASTI.SEMUA TERBUAT DARI BATU GIOK ASLI DIBUAT TH304.TERDAPAT TULISAN ARAB DAH AKSARA JAWA.BAGI YANG MINAT KIRIM MAIL sableng63@gmail.com/hp 085282385971
ReplyDelete