Sunday, February 6, 2011

Kak Engku, bekas suami jalan pegang tangan


RAJA AZURA ditemui berpegang-pegangan tangan dengan bekas suaminya minggu lalu.


DIVA suka betul bila seorang teman menyampaikan khabar minggu lalu.

Kata teman Diva itu, sewaktu dia berjalan-jalan di sebuah kompleks beli-belah di tengah kota, dia ternampak kelibat penyampai Sinar FM, Raja Azura atau Kak Engku sedang berpimpinan tangan dengan seorang lelaki.

Tanpa ragu-ragu dia menelefon Diva untuk menyampaikan berita secara live.

"Va, aku nampak Kak Engku (Raja Azura) jalan berpegangan tangan dengan seorang lelaki.

"Walaupun kedua-duanya memakai kaca mata hitam, aku pasti itu Kak Engku dan lelaki yang memegang tangannya adalah bekas suaminya, si Adzmin.

"Mereka nampak mesra dan tidak kelihatan seperti pasangan yang sudah berpisah.

"Suka betul aku tengok kemesraan mereka," luahnya yang semakin pandai bergosip.

Kalau benarlah kemesraan itu seperti yang diperkatakan si teman tadi, Diva tumpang bahagia.

Moga-moga ada ruang untuk mereka berbaik-baik semula dan memulihkan keadaan. Bukan sahaja demi anak-anak tetapi untuk diri mereka juga.

Diva: Tak sabar nak tengok konsert Mary J. Blidge yang akan berlangsung pada 8 Februari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: