TERUJA...kata Bieber, dia menerima lamaran sekurang-kurangnya sekali sehari.
SESUAI dengan dirinya yang masih remaja, selebriti sensasi dari Kanada, Justin Bieber, secara terbuka menunjukkan rasa sayang kepada ibunya, Pattie, di New York baru-baru ini.
Sehari kemudian, dia memperuntukkan masa bersama semua ahli keluarga, termasuk bapanya, Jeremy Bieber, dan adiknya, Jazmyn, di Toronto.
Mereka bersama-sama menghadiri majlis karpet merah bagi filem tiga dimensi terbaru, Never Say Never.
Walaupun sebagai ibu tunggal Pattie membesarkan sendiri Bieber, 16, hubu�ngannya dengan bekas suaminya kekal terjalin, termasuk ketika lelaki itu mendirikan rumah tangga baru dan memiliki dua anak lain, Jazmyn dan Jaxon.Di pihak Bieber pula, dia juga tidak menghadapi masalah dengan adik tirinya.
Penghormatan turut diberikan Bieber kepada Jazmyn apabila dia me�ngakui sangat seronok bermain-main dengan adiknya itu.
Dalam Twitter Bieber yang mempunyai 6.9 juta pengikut, dia menulis: Seronok bermain-main dengan Jazmyn.
Malah, Jazmyn turut menyer�tai Bieber ketika penyanyi itu muncul untuk temubual televisyen dalam rancangan eTalk dan Much Music.
Sambil Bieber melayan soalan demi soalan hos bagi mempromosi filemnya, Jazmyn pula leka berhibur sendiri menggunakan iPhone miliknya.
Sejak berpindah ke Atlanta bersama Pattie untuk melebarkan kerjaya nyanyiannya, bintang Bieber memang cepat bersinar terang.
Sebagai sensasi remaja masa kini, dia banyak menghabiskan masa mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk memenuhi jadual sebagai penyanyi.
Kesibukan itu memaksa Bieber mengorbankan ba�nyak masa untuk diri sendiri dan keluarga serta kampung halamannya di Stratford, Ontario.
Walaupun Pattie banyak membantunya, Bieber turut tidak melupakan jasa ba�panya yang memperkenalkan dia kepada muzik.
“Ketika kecil, bapa mengajar saya bagaimana bermain gitar, seperti melalui lagu Bob Dylan, Knockin’ On Heaven’s Door,” katanya.
Pada Bieber, bapanya bertanggungjawab memper�kenalkan dia kepada irama rock klasik sebelum menjadi lebih selesa dengan lagu dibawa kumpulan Guns N Roses serta Metallica.
“Dia bapa yang hebat, ke�rana turut mengajar saya memandu,” katanya.
Ketika Bieber sekeluarga berseronok menonton filem di MC Yonge-Dundas Square, ribuan peminatnya mengancam untuk merusuh kerana dihalang masuk ke kawasan itu.
Dinamakan sebagai ‘Beliebers’, peminat tegar Bieber itu sanggup berkhemah di sekitar kawasan berkenaan semata-mata mahu melihat sendiri artis itu dari dekat.
Ketika ramai yang kecewa, seorang daripada peminat Bieber cukup bertuah apabila sempat bertanya kepadanya: “Adakah anda sudi berkahwin dengan saya?”
Bieber kemudian secara bersahaja menjawab menggunakan judul filemnya, Never say never.
Menurut Bieber, dia tidak terkejut dengan pertanyaan itu.
“Saya mendengarnya sekurang-kurangnya sekali sehari,” katanya.
Sebelum tayangan perdana di Toronto itu bermula, Bieber juga sempat menjemput ramai gadis yang meminati�nya untuk bersama mengha�diri sidang media.
Bieber juga memberi ruang kepada peminatnya untuk bertanya soalan dalam sesi berkenaan.
Ditanya apakah yang pa�ling dirinduinya di Kanada, Bieber berkata, dia sangat terasa kehilangan rakan dan keluarga serta anjing peliharaan.
Dia juga bercerita me�ngenai mentornya, Usher, yang dianggap model teladan yang baik.
“Jika saya mampu mengembangkan kerjaya seperti Usher, itu tandanya saya sangat bertuah,” kata�nya.
Never Say Never adalah filem memaparkan sebahagian daripada rakaman konsert jelajah dunia Bieber pada tahun lalu.
Ia turut menampilkan beberapa artis lain, termasuk Usher, Miley Cyrus, Boys II Men, Sean Kingston dan Jaden Smith.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: