|
Sekarang kelibatnya lebih menjurus kepada nyanyian sejak memiliki album bersama kumpulan Z5 hujung tahun lalu. Dia sudah bertukar mahu jadi penyanyi sepenuh masa ke?
![]() Wajah comel jadi bekalan Bagus bersama temannya bercuti di Kuala Lumpur semasa cuti Tahun Baru Cina lalu. Kata Bagus:"Memang sudah lama saya tak berlakon. Bukannya tak dipanggil berlakon, tetapi saya mahu berehat dulu kerana saya sekarang masih belajar di universiti di Jakarta. ![]() Manis "Dunia lakonan di Indonesia payah nak dijangkakan. Kalau anda peminat sinetron, boleh dikatakan ada sahaja wajah baru yang ditampilkan. ![]() Mahu belajar tinggi "Sekarang saya ialah pelajar sepenuh masa dan aktiviti seni saya jadikan aktiviti sampingan. "Saya masih ada kontrak dengan produksi SinemArt untuk berlakon dengan mereka, tapi saya cuti dulu. Kalau tumpu kepada nyanyian tak ada masalah sangat sebab biasanya undangan pada hujung minggu sahaja." Bagus yang bakal mengunjak usia 19 tahun pada 4 April depan tidak sempat berasa rindu ke lokasi sebab jadualnya sentiasa sibuk dengan kuliah. Dia juga tak ramai rakan rapat di kalangan artis. "Saya hanya penuhi undangan menyanyi pada hujung minggu sahaja. Kebanyakannya bergerak sendiri, sebab anggota Z5 yang lain juga sibuk dengan lakonan dan nyanyian mereka. Kami sebenarnya turut merakam lagu solo dalam album Z5. "Sekarang saya sedang mempromosikan single Pendamping Hatimu," katanya yang pernah menyertai program realiti Super Soulmate pada tahun 2007. |
Monday, February 7, 2011
Bagus Akbar tumpu belajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelakon dan penyanyi remaja Bagus Akbar sudah hampir dua tahun tidak ada drama baru. Adakah bintang Cinta Kirana dan Bukan Diriku itu sudah tidak mahu berlakon lagi?


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: