Sunday, September 26, 2010

Zahida kahwin di London?


Zahida Rafik


DALAM sibuk-sibuk kunyah popiah simpul, tiba-tiba ada pula teman yang rajin bercerita. Walaupun tidak bertentang mata, berbual menerusi telefon pun kira bagus sangat sebab masing-masing sibuk beraya.

Ingatkan nak bermohon sembah ampun dan maaf, rupa-rupanya dia sedang teruja mengomel berita terbaru tentang selebriti cantik bernama Zahida Rafik.

Diva sebenarnya dah malas nak mengungkit cerita Zahida sebab dah banyak kali diperdengarkan dengan berita yang tidak sahih.

Dah lama juga Diva dengar dia berhubungan dengan orang kenamaan. Tetapi cerita ini sedikit berlainan. Kata sumber Diva itu, Zahida bersama VIP berkenaan sudah bernikah di London lebih sebulan lalu iaitu sebelum puasa.

"Punyalah nak berahsia, mereka kahwin dalam majlis tertutup tapi aku rasa ramai pelajar dan orang Malaysia di London tahu perkara berkenaan. Cuma mereka malas nak hebahkan cerita," beritahu sumber Diva itu selamba.

Diva diamkan diri dan cuba ingat cerita-cerita lama Zahida yang dikatakan ditaja hidupnya oleh seseorang.

Diva rasa Zahida pun dah muak dengan cerita begini. Tapi ini yang terbaru masuk ke telinga Diva, tak tahu bila nak berakhir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: