Monday, September 20, 2010

Sultan Perak naik tren ETS balik Ipoh


SULTAN AZLAN SHAH melambaikan tangan ketika menaiki
kereta api ETS bersama Tuanku Bainun (kiri) untuk pulang
ke Ipoh semalam.


KUALA LUMPUR - Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) mencatat sejarah semalam apabila Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan menggunakan pengangkutan tersebut untuk pulang ke Ipoh.

Baginda bertolak dari Stesen Kuala Lumpur pada pukul 2.15 petang dan tiba di Ipoh pada pukul 4.20 petang.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Ketua Pegawai Operasi ETS, Azizullahah Kinayatullah berkata, pihaknya sangat berbangga dan berbesar hati atas kesudian Sultan Perak menggunakan perkhidmatan tersebut.

"Hari ini (semalam) merupakan satu hari yang bersejarah buat kami seluruh warga ETS. Sebelum ini, putera Tuanku, Raja Hazman dan keluarganya juga menggunakan ETS pada malam Hari Raya Aidilfitri yang lalu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Azizullahah berkata, sejak beroperasi lebih sebulan lalu, ETS menerima sambutan menggalakkan dengan purata penumpang antara 1,200 dan 1,400 orang sehari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: