Sunday, September 19, 2010

Ruang berehat di laman rumah


HAIYOON meletakkan radio antik di ruang rehat halaman rumahnya.


JIWA berasa tenang dapat melihat suasana sekitar halaman tepi dan hadapan rumah yang diserikan dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan menghijau.

Lebih-lebih lagi kesibukan di kota metropolitan agak mengganggu ketenangan.

Melalui kesesakan jalan raya dan urusan pejabat yang tidak pernah habis memberi tekanan.

Tiba sahaja di rumah selepas menghabiskan urusan harian, hati pasti sekiranya dapat berehat di halaman rumah.

Seakan berada di dunia baru, lambaian tumbuhan-tumbuhan hijau memberi kesegaran.

Sambil menikmati secawan minuman dan mendengar radio lama, semua kekusutan fikiran hilang.

Segalanya seperti berada di dunia baru, walhal suasana tersebut hanya berlaku di rumah yang terletak di pinggiran kota metropolitan. Begitulah magis halaman rumah jika kita bijak mengatur susun hiasan halaman.

Tidak ketinggalan, dekorasi dalam rumah memerlukan sentuhan kreatif untuk membangkitkan suasana harmoni.

Pilihan konsep perlu sekata agar rumah nampak lebih tersusun dan tenang.

Bagi Haiyoon Abdul Karim, semuanya tidak mustahil sekiranya seseorang itu bijak menyusun atur kediaman.

Ingin mencari kelainan untuk landskap halaman kediamannya, Haiyoon memilih gaya Melayu.

Tanaman tumbuh-tumbuhan di halaman merupakan idea Haiyoon sendiri.

Hasil perbincangan dengan kontraktor, dia puas hati kerana landskap di luar kediamannya dapat dijadikan ruang berehat.

Mengakui dia perlu cermat dalam penjagaan landskap tersebut, dia sudah mengambil langkah berjaga.

Haiyoon memilih kayu terpakai seperti kayu cengal yang sudah matang kerana penjagaannya yang lebih mudah.

Kebanyakan tumbuh-tumbuhan yang dipilih merupakan tumbuhan tempatan.

Bagi mencari kelainan, Haiyoon lebih berminat merujuk buku landskap berbanding majalah.

Ingin mengubah selera landskap, dia akan mengubah susun atur setiap dua hingga tahun sekali.

Selepas selesai menunaikan solat Maghrib, Haiyoon duduk di ruang halaman rumahnya.

Sambil mendengar alunan lagu daripada radio antik, Haiyoon bersantai di ruang duduk tersebut.

Melangkah masuk ke dalam rumah, hati pasti terpikat dengan susunan rumah yang cantik.

Memilih konsep oriental, kebanyakan hiasan yang dipilih cukup sederhana. Selain itu, dia banyak membeli hiasan rumah ketika melancong di luar negara.

Ditanya tentang konsep oriental, Haiyoon gemarkan ia kerana lebih ringkas, selesa dan harmoni.

Bagi yang ingin menjadikan sayur-sayuran sebagai landskap halaman kediaman, ikuti langkah ringkas berikut:

l Tanam tanaman sayuran mengikut hierarki. Susun tanaman sayuran mengikut saiz dan seelok-eloknya tanaman yang lebih besar dan tinggi seperti tomato dan bendi dijadikan latar belakang landskap. Ini diikuti pilihan tanaman sayuran yang lebih renek seperti Brasica cinensis (sawi bunga) dan Brasica olerasia var (kobis bunga).

l Gunakan kreativiti dan elemen semula jadi untuk mereka bentuk struktur landskap. Jika anda mendirikan pintu gerbang ke halaman rumah anda, gunakan tanaman sayuran menjalar sebagai penghias pintu masuk utama.Kunci utama untuk menjadikan halaman rumah anda bertambah menarik adalah pelbagaikan jenis tanaman dan adunkan dengan pelbagai elemen persekitaran seperti air, batu-batan dan reka bentuk seni bina landskap

l Kebanyakan tanaman sayuran memiliki bentuk daun yang unik dan mampu menjadikan persekitaran laman anda lebih cantik. Hibiscus esculentus (bendi), misalnya, mempunyai bentuk daun yang lebih lebar, sesuai diletakkan di penjuru laman manakala Languas galanga (lengkuas) pula boleh disusun di pinggir halaman sebagai penghias landskap anda.

l Pilih sayur yang sesuai dengan halaman rumah anda. Ruang halaman terhad tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin mewujudkan landskap tanaman sayuran di kediaman anda.

l Pilih tanaman sayuran dengan warna yang menarik. Warna merah cili atau ungu Solanum melongena (terung) memiliki tarikan bagi sebuah landskap yang indah. Hiasan landskap akan lebih menarik jika diadun dengan warna yang lebih terang dan lembut seperti warna kuning kehijauan tanaman Lactuca sativa (salad).

1 comment:

  1. rumh yang cntik lbh mygarkan mta yg mmdang

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: