Friday, September 24, 2010

Lelaki leka bungkus dadah ditahan


AYUB (kanan) menunjukkan salah satu bungkusan heroin yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Sejumlah 1.45 kilogram dadah jenis heroin dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Kampung Baru di sini kelmarin manakala seorang lelaki berusia 30-an ditahan.

Semasa serbuan dilakukan oleh polis pada pukul 6.30 petang, lelaki tersebut sedang leka membungkus paket-paket plastik kecil berisi dadah tersebut yang dianggarkan bernilai sekitar RM80,000.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, serbuan itu adalah hasil pemantauan yang dijalankan selama seminggu oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri serta hasil maklumat awam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: