Sunday, September 5, 2010

Kim cari jodoh


KIM KARDASHIAN


WANITA bertubuh seksi, Kim Kardashian tertunduk malu setiap kali ditanya soal cinta. Namun, bintang realiti itu tidak takut jika satu hari nanti terdapat kamera paparazi yang mengekorinya sewaktu bertemu janji dengan lelaki.

"Saya sedang menemui seseorang," ujar Kim yang akhir-akhir ini sering menghabiskan waktunya bersama bintang American Football, Miles Austin.

"Tapi saya tidak suka blind date," tambahnya yang akan dicarikan jodoh oleh ibunya, Kris Jenner yang mahu anaknya bertemu janji dengan bintang Hollywood.

"Saya tidak suka cara begitu. Saya mahu bertemu janji dengan lelaki yang biasa-biasa sahaja," katanya

Ditanya perihal lelaki-lelaki Hollywood yang sedang disiapkan oleh ibunya itu, pelakon berusia 29 tahun itu berkata: "Saya benar-benar sukakan mereka tetapi saya tidak tahu apakah ia akan berjalan lancar."

Namun, dia turut bersedia untuk menjalani pertandingan pencarian jodoh yang dilakukan ibunya.

"Ibu dan ayah saya bertemu dengan cara blind date dan mereka telah berkahwin selama 20 tahun," ucapnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: