Saturday, September 25, 2010

Kekasih Syamsul asyik lari

Pengarah Syamsul Yusof antara selebriti muda yang sering dapat perhatian. Dia juga pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon jelita. Tetapi sehingga ke hari ini hubungan cintanya asyik tak menjadi saja. Mengapa agaknya?

Cetewet sangatkah Syamsul atau dia ni jenis yang tidak setia dengan seseorang wanita? Atau dia sering mendampingi wanita yang tidak serius dalam hubungan?

Kacak tapi sentiasa putus cinta

Jelas Syamsul: "Saya ni asyik kena tinggal dengan teman wanita. Sampai sekarang belum ada sesiapa lagi. Saya dikata tidak mengutamakan teman wanita dan mementingkan kerja saya. Memang saya pentingkan kerja kerana inilah masa depan saya.

"Jadual saya memang padat dengan kerja. Saya bukan sahaja pengarah, tatapi juga bertindak sebagai penyunting. Selepas filem selesai menjalani penggambaran, saya masih kena berada di studio untuk menyunting dan diteruskan dengan kerja-kerja sehingga filem saya siap.

"Selepas siap, saya kena fikirkan projek filem lain pula. Sebab itulah agaknya saya ni asyik kena tinggal dengan teman wanita."

Apatah lagi bapanya menambahkan kouta pengarahan filem dari setahun ke setahun. Tahun ini dia kena siapkan empat buah filem. Syamsul yang baru tamat penggambaran filem Aku Bukan Tomboy akan memulakan penggambaran filem Bohsia 2 pula hujung tahun ini.

"Kalau wanita mahukan teman lelaki dia sentiasa berkepit, mereka kena cari lelaki yang tak bekerja yang boleh mengikut ke mana sahaja mereka pergi... kalau lelaki yang bekerja memang tak bolehlah nak berkepit," kata Syamsul yang kelihatan sedikit berisi.

Muscle atau lemak?

Syamsul akui ramai orang yang menegur perubahan badannya yang semakin berisi. Ada yang tanya sama ada dia bertambah sasa dengan otot-otot atau boroi.

"Saya akui selera makan saya semakin kuat sekarang ini. Saya sentiasa rasa lapar. Kalau orang lain, bila kecewa putus cinta akan kurus sebab tak lalu makan, tapi saya semakin kuat makan.

"Saya sekarang kerap sangat makan steak kerana selera makanan itu membara sekarang ini. Sebab itu kalau menghadiri majlis makan-makan, saya cuba kewal diri walaupun sangat berselera melihat juadah yang disajikan," kata anak teruna pengarah Datuk Yusof Haslam itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: