
Nicol sekadar beraksi 30 minit pada pertarungan akhir, dan sekali gus membenam impian Omneya bergelar juara dengan kemenangan, 11-5, 11-8 11-6.
Ini bermakna Nicol hanya bermain selama 147 minit bagi keseluruhan lima pusingan sebelum mengesahkan kejuaraan dunia buat kali kelima.
“Saya benar-benar fokus dan memang mahukan kemenangan ini dan tidak akan sekali melepaskannya,” katanya yang dipetik dalam laman web rasmi kejohanan www.sohosquareworldopen.com.
Nicol memenangi gelaran Terbuka Dunia pada 2005, 2006, 2008 dan 2009 namun gagal mara ke perlawanan akhir pada 2007 selepas ditewaskan oleh Shelly Kitchen pada pusingan kedua.
Kemenangan itu menjadikan Nicol pemain kedua dunia mencatat kejuaraan lima kali selepas pemain Asutralia Sarah Fitz-Gerald melakar rekod sama yang kini menjadi rakan latihan Nicol di Amsterdam.
“Ia sangat menakjubkan seperti mana rekod yang dicipta Sarah kerana dia sememangnya seorang pemain yang hebat.
“Saya pasti akan berlatih bersama Sarah kerana dia banyak membantu saya bersama jurulatih Liz Irving dalam latihan yang saya lakukan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: