Tuesday, September 21, 2010

Gambar Gitaris Artis Melayu Pegang Anjing!

image

“HAI Niezam, artis kita pegang anjing lagi... nah tengok gambar ni. Tolong kutuk sikit ya dalam ruangan you... Adoiii.”

Begitulah kiriman SMS yang Niezam terima semasa tengah sibuk melantak kuih sempena rumah terbuka Hari Raya di Selama, Perak minggu lalu.

Pembaca setia mStar dari Kuala Lumpur itu mahu dikenali sebagai Mike. Dia bukan orang Melayu tetapi dia amat prihatin dengan artis Melayu kita yang beragama Islam.

Kata Mike, dia ada ramai kawan Melayu. Semua kawannya tak pegang anjing. Malah dia orang beritahu Mike, orang Islam tak boleh pegang anjing.

Jadi bila ada artis Melayu yang pegang anjing, Mike pun hantar satu gambar kepada Niezam yang menampilkan pemain gitar kumpulan Estranged iaitu Din Hormatov (gamnbar) tengah pegang anjing.

Menurut Mike, dia terima gambar itu daripada rakannya dan minta Niezam komen gambar itu.

Macam nilah Mike. Niezam tak mahu nak bersyarah berjela-jela sebab tak semua orang suka dengar orang membebel.

Sebelum Din pegang anjing, sudah ramai artis kita yang buat benda yang sama. Pelakon Syarifah Sofia dan bekas penyanyi kumpulan Res2 – Baby pun pernah “kantoi” gambar-gambar pegang anjing.

Untuk makluman Mike, nak pegang anjing atau babi sekalipun tak salah jika bersebab. Orang Islam yang jadi doktor haiwan pun kadang-kala terpaksa pegang anjing juga.

Malah sesiapa saja nak pegang anjing atau lebih daripada anjing pun boleh asalkan dia orang kena samak selepas itu kerana binatang itu najis bagi orang Islam. Mudah saja.

Tapi masalahnya artis-artis kita ini sesetengahnya bahalol semacam. Dia orang suka mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan gambar-gambar pegang anjing, pegang botol arak dan aksi-aksi tidak senonoh dalam laman sosial masing-masing.

Inilah masalah besar artis kita yang tak pandai jaga maruah sebagai “public figure”. Dalam banyak-banyak haiwan kenapa gambar pegang anjing pula yang hendak dipertontonkan kepada orang kerana ia akan mencetuskan isu sensitif.

Jadi kepada mana-mana artis yang mungkin ada pelihara sekandang anjing sekalipun, jangan sesekali sebarkan gambar-gambar itu dalam jaringan sosial anda.

Tak ada apa yang hendak dibanggakan kalau kita memelihara anjing apatah lagi jika memegangnya sampai dibawa ke bilik tidur.

43 comments:

  1. melayu ke ni..
    bukan iban ke..
    telinga ada subang 2..
    kompem iban..

    ReplyDelete
  2. oklah lg tu daripada berpegangan tangan atau bersentuhan dgn bukan muhrim lg besar dosa nya...pegang anjing bleh lg samak..tp kalau yang tu....???????renung2kanlah....

    ReplyDelete
  3. ko ni knape? kalo ada subang iban? ko malu ke budak tu melayu sama bangsa ko pegang anjing? jangan kutuk bangsa AKU!!!

    ReplyDelete
  4. "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram." Hadis soheh Ibnu Majah

    ReplyDelete
  5. PEMBETULAN:- SI DIN NI BUKAN ISLAM LA...

    ReplyDelete
  6. jangan lah terus cakap "kalau subang 2 kompem iabn'...terasa golongan bangsa majoriti sarawak nanti.. seolah olah anda mengecop kami orang iban suka bersubang sahaja..macam kalau tak ada subang tak layak orang iban dipanggil iban... apakah anda gembira kalau saya kata 'kalau rambut panjang 2 kompem artis melayu'..??? mesti tidak kan...

    so, sebelum hendak komen tu, fikir la dahulu... correct your manners and way of thinking, then comment publicly..

    ReplyDelete
  7. pakai subang di kedua2 belah telinga x b'maksud itu org iban,
    yg sebetolnya,
    kalau pakai di telinga kanan = gay
    kalau pakai di telinga kiri = anak haram
    kalau pakai dua2 = lu pikir la sendiri

    ReplyDelete
  8. tu macam serigala je

    ReplyDelete
  9. nape org melayu terlalu sensitif sgt bab anjing dan babi nih?.....

    kalau bab tak tutup aurat... bab tak solat... bab buat maksiat... tak de plak beria² nak hebohnye... ntah le...

    yang haram ialah anjing dan babi je kot...

    ReplyDelete
  10. aku setuju tue.... dh jd trend kot... bab anjing n babi hangat tol org3 nak comment n berebut2 nak comment.. tp bab2 lain yg lebih penting dr tue mcm aurat, solat, sex haram n bla2.... tak bersungguh plak... mcm buat2 tak nampak jer... n buat2 tak dengar2 jer.... sbenanye dua2 kes pun haram dalam islam... so, seimbangkan la pe yg di tuntut dlm islam yer...

    ReplyDelete
  11. lepas ni boleh lah peluk babi pulak dan ambik gambar lepas tu sebarkan....promosi free

    ReplyDelete
  12. adoyai...
    ape la korang..
    kena fhm 1 bnda la...
    pegang babi n anjing tu x haram, makan babi n anjing je haram...
    tp dah pegang tu kena la samak,tu je...
    yg artis dok peluk2,pegang2 tangan tu xnak lak ambil kisah..(silap2 yang komen kat cni pon ade yg pegang tgn GF dia)..

    bersentuhan dgn bukan muhrim adalah haram,berdosa...

    tu lg berat,bleh masuk neraka...
    lau sentuh babi,anjing,xde pon dalam al-Quran ckp masuk neraka...

    dalam sejarah Islam pon ada ckp,ada seorg Islam tu masuk syurga hanya kerana bagi anjing lapar minum air je...

    so??think la beb...

    ReplyDelete
  13. mudah... tinggalkan apa yang dilarang dan lakukan apa yang disuruh... insyaallah selamat hidup kita dunia akhirat...

    ta mampu menegur dihadapan orang tersebut? bencilah perkara yang dilarang didalam hati... berdoa mudah2 an dia sedar apa yang sedang dilakukan atau pernah dilakukan..

    ReplyDelete
  14. salah kah pegang anjing??? wei...nk kuar kan komen seledik bab agama islam dulu la... dalam Al quran yg di sebut haram hanya babi la.... xsalah la nk pegang anjing........ adoi ai.......

    ReplyDelete
  15. blh pegang anjing... nk bela anjing pon blh.. no prblm!! cume jgn pegang mase dia basah je.. klu tgn kering n bulu dia kering.. no hal la bro!! x baik kutuk anjing.. ingat! tu pon ciptaan allah jugak.. kutuk dia umpama kutuk ciptaan allah... xyah la nk pandang keji sgt. anjing tu x kaco idup korang pon.. tp btl la, xyah la nk tunjuk gmbr nie kt smua org. cm mnta publisiti murah je.. cr kontrovasi la tu..

    ReplyDelete
  16. takut & geli ngan anjing.. kalau babi lagilah.. eeee..

    ReplyDelete
  17. bkn dosa pon pegang binatang 2...

    ReplyDelete
  18. ni la org skrg..asyik nk kutok org je..wei cerminkn diri sndiri dlu brader or cik kak oii..
    tah2 diri sndri pon xtejage..adoyaii.. ha ni lg 1..sdap2 je nk mngate kaum org lain..pkir la sket org yg 1st komen gmbr ni..mne kau tau org yg pkai subang tu iban..bodoh mcm lembu..baik la bele lembu dri kau..walaupon aku bkn org iban tp hormat la kaum lain brader oii..tengin2..

    ReplyDelete
  19. lain kli blaja agama dlu habis bru bleh postkan ape2....ni lah org ckp islam adat kan...klu org bkn islam nk masuk islam diaolang blaja dlu bkn main ikut mcm kau jek sengal lah kau

    ReplyDelete
  20. camni la kalo dah pegang anjing pun xkesah .. pegang tangan lagi la dorang xkesah. .. atleast sapa yg pegang taNGAN ...masih sedar yang pegang anjing tu jijik..tp sapa yang pegang anjing..konfem dia lansung xrasa bersalah pegang tangan...

    ReplyDelete
  21. iban tu memang kaum yang suka pakai subang kn?
    so napa nak terasa lak...
    tu kan memang budaya,so xsalah la kalo org tgk laki pakai subang
    orang iban
    aparaaaaa

    ReplyDelete
  22. Memang dungu la lu brother. Mana ko letak kepala otak ko ni... atas lutut? Ini lah Melayu... ingat diri tu bagus sgt... yang buruk bagi kat bangsa lain. Sedar la diri tu mengata orang? Bukan kah orang yang mengutuk orang ni lagi dayus + hina? Kalo ada otak fikir lah sendiri wei!!

    ReplyDelete
  23. Saya ada dengar ceramah ugama, yang pakai subang atau tindek kat telinga ni cuma lembu subsidi aje le.......... Tapi tak tahu lah gambar ni....... bab siap pegang benda najis walaupun binatang tersebut kering dan boleh disamak........... Terpulang kepada yang melihat...

    ReplyDelete
  24. Inilah bodoh orang Melayu. Orang Melayu memangla mezhab Shafie, tak boleh pegang anjing. Tapi mezhab Hanafi boleh. Dalam Quran pun ada kisah satu anjing yang pergi ke syurga. Satu lagi kisah tentang sorang pelacur yang pergi ke syurga sebab dia bagi air kepada anjing yg kehausan. Dahlah binatang tu tak berdosa. Kalau korang taknak sentuh biar je la. Kitaorang Islam mezhab lain ni buat apa nak kutuk.

    ReplyDelete
  25. tak salah kalau nak menyayangi binatang spt anjing ni..dia pun makhluk tuhan jugak..tak salah nak bagi kasih sayang dan manjakan mereka sebab mereka juga berperasaan ingin disayangi..tapi biarlah kena dgn caranya..cthnya samak selepas menyentuh mereka dlm keadaan basah...tq=)

    ReplyDelete
  26. apa masalahnya nak sayang binatang lain?dia pun hamba Allah juga..tak bende la korang ni..

    ReplyDelete
  27. bodoh. Islam x penah kata pon pegang babi/anjing tu berdosa. nape x komen je artis pegang tangan bukan muhrim mase berlakon? bnda tu dh mmg terang lg bersuluh dan mmg dah komfem haram. klw jahil boleh belajar...

    ReplyDelete
  28. Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234), namun.....


    http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/23/hukum-bela-anjing/

    ReplyDelete
  29. Oi yang tulis tu bengap ke hapa.. tak berdosa pon kalau pegang anjing n babi..
    ko heboh2 mcm la ko ni alim dan tahu hukum hakam sembahyang pon tak cukup lagi tungang tonggek je.. tp tak menghayati islam tu bagaimana...
    Baik ko pergi belajar ilmu agama lagi.

    aku cukup meluat bila org media heboh sana heboh sini bila org islam pgang anjin n babi...

    walaupon aku tak pegang 2 binatang tu tp aku tahu hukum hakamnya...

    ReplyDelete
  30. so what kalau dia pegang anjing pun, bukannya dia tadah air liur anjing tu, ayoooooo korang ni ada blajar agama ke tak ahhh???? ni la penyakit orang yg closed minded, wat ever pun biarla dia, kubur memasing ok.

    ReplyDelete
  31. artis yang tidak pandai menjaga harga diri sebagai saorang artis islam...tidak menghormati peminat yg berugama islam...tukarlah tabiat yg tak baik kepada yg baik...kita kan manusia yang mempunyai akal faham2 ajelah..

    ReplyDelete
  32. sape ckp pegang anjing dosa?????????

    ReplyDelete
  33. pegang anjing dosa lah... kau apa tau anon?

    ReplyDelete
  34. nama mamat nii pung lain macm sahaja...

    ReplyDelete
  35. i.jangan kaitkan dengan kaum...
    2.rasanya bkan isu sngat pegang anjing..xda hina pun..
    3.berfikirla dengan rasional..
    4.aku melayu malu tgok org melayu mengaku dr melayu...kita sama saja....

    ReplyDelete
  36. korg yg keliru.xde dalil pun ckp pegang anjing dosa.klu korg ckp dosa,bgi dalil mne yg kta pegang anjing dosa???

    blaja smpai habis.jgn main ikut org je.paham?

    ReplyDelete
  37. norsheela, kamu pergi sekolah agama ke tak ? anjing tu memang tak boleh pegang, tersentuh, kena samak. kubur memangla lain-lain tapi nak nasihat tak salah. terpulang kepada indvdu itu sndr utk terima atau tak. korang tak usah pening2 dah. biala dia. orang kalau tau dia beragama apa, dia tau batas-batas agama dia. entah2 lepas dia pegang anjing tu dia samak ke, who knows. tapi aku tengok gaya anjing tu dah macam pet dia je.yang mintak pertolongan ustaz la.

    ReplyDelete
  38. Salam.Dalam satu peristiwa Rasullullah dan para sahabat sedang berjalan.Tiba2 mereka terhidu bau busuk yg datangnya dari bangkai anjing.Ada beberapa sahabat yg agak tidak selesa dan berkata sesuatu yang tidak menyenangkan tentang bau bangkai anjing itu.Tetapi Rasullullah pula berkata putih gigi anjing itu.Tiada langsung kata2 keji keluar dari Rasullullah.
    Setiap makhluk yg Allah jadikan atas muka bumi ini ada fungsi masing2 pada manusia,alam dan keseimbangan ekosistem dan rantaian makanan setiap kehidupan dimuka bumi.Tapi kita sebagai manusia melayu Islam berkata bukan2 mengenai makhluk2 Allah ini.Bila kita kutuk makhluk Allah ini,sebenarnya kita kutuk siapa?
    Bila hujan kita mengeluh,kita nak matahari menerangi alam ini.Tapi bila matahari menerangi alam ini tanpa hujan kita mengeluh juga..apakah kita tidak tahu bersyukur.Tergamak kah kita mengutuk makhluk2 Allah ini..?Apakah kesudahan pada forum ini jika hampir setiap hari,setiap page,setiap posting mesti ada sahaja kata2 yg tak sepatutnya kita ucapkan sesama Islam di sini??Wassalam.

    ReplyDelete
  39. sah tak tau agama ni ..dh tentu tak penah sekolah agama

    ReplyDelete
  40. kalau orang yang beragama ISLAM pegang anjing, ramai yang bising, tapi kalau pasangan couple2 ISLAM yang masih bukan muhrim berpegang tangan di khalayak ramai takda pula orang nak kata apa2 atau menegur sedangkan dalam ISLAM kita digalakkan menegur sesama ummah jika nampak ia melakukan kesilapan.. kes anjing dan couple tetap sama, HARAM TETAP HARAM.. ini lah manusia, penuh dengan hipokrit.. pandai bising di alam maya tapi di realiti buat endah tak endah..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: