Friday, September 24, 2010

Dua guru ditahan anjur pesta seks


Audrey Grabarkiewicz


BOILING SPRINGS, Carolina Utara -Dua guru berumur 40-an di Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan hukuman penjara sepuluh tahun selepas mereka menganjurkan pesta seks, dadah dan ganja pada musim panas untuk remaja, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara remaja yang menyertai pesta seks di rumah didiami dua guru itu, Sarah Lindsay, 42, dan Audrey Grabarkiewicz, 44, berumur 11 tahun.

Kedua-dua guru itu ditahan di sebuah penjara di sini selepas ibu bapa mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa pada Julai lalu.

Menurut para penyiasat, Grabarkiewicz turut mempunyai hubungan seks dengan beberapa remaja pada parti itu.

Lindsay yang merupakan guru Sekolah Rendah Boiling Springs didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang remaja berumur di bawah 14 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: