Wednesday, July 29, 2009

Wanita bersuami lima dibebaskan


WAJAH EMILY ketika menjadi model.



MANCHESTER - Seorang wanita bersuami lima, Emily Horne meninggalkan sebuah mahkamah di sini selepas hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Horne, 30, berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun selepas mengaku mempunyai ramai suami dan isteri kepada suami kelimanya, Wayne Harper.

Hakim Mahkamah Diraja Jalan Minshull, Mushtaq Khokar pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas bekas model itu dalam perbicaraan pada minggu lalu.


EMILY (tengah) berjalan bersama ibunya di luar sebuah mahkamah.


Mustaq berkata, dia memutuskan untuk tidak memenjarakannya kerana wanita itu menunjukkan perubahan kelakukan sejak enam bulan lalu selepas mendapat rawatan berhubung masalah personalitinya.

Ketika di luar mahkamah, dia berikrar akan menceraikan suaminya.

"Saya gembira kerana dibebaskan tetapi saya berfikir sudah tiba masanya saya bercerai," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: