Wednesday, July 29, 2009

Bayi berkepala dua meninggal dunia


GAMBAR menunjukkan bayi berkepala dua sebelum meninggal dunia di Hospital Arifin Achmad, Pekanbaru semalam.


PEKANBARU - Seorang doktor mengesahkan bayi berkepala dua yang menjadi tumpuan umum di sini meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ di sebuah hospital di Indonesia.

Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia semalam.

Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot sejak kelmarin.

Kembar yang lahir menerusi pembedahan itu berkongsi semua organ penting kecuali jantung sekali gus menyebabkan usaha untuk memisahkan mereka sukar dilakukan.

Kembar itu meninggal dunia di Hospital Arifin Achmad di sini yang terletak dalam wilayah Riau.

Bayi itu adalah anak kepada pasangan Badrun dan isterinya, Nurhayati yang berumur 23 tahun.

Nurhayati pernah bermimpi dia akan melahirkan anak yang mempunyai dua kepala.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: