Friday, July 31, 2009

Sindiket daging tak sembelih


ABDULLAH menunjukkan kepala lembu miliknya yang ditinggalkan
di Kampung Seberang Tayur, Kemaman semalam.


KEMAMAN - Penemuan kepala lembu yang mempunyai kesan tembakan di sini semalam meyakinkan pemiliknya bahawa lembu tersebut dilapah oleh pencurinya bertujuan untuk dijual kepada orang ramai.

Pemilik lembu tersebut, Abdullah Ismail, 50, berkata, dia terjumpa kepala lembu peliharaannya dalam guni di kebunnya di Kampung Seberang Tayur semasa keluar menoreh getah kira-kira pukul 8 pagi semalam.

"Selepas diperiksa, saya lihat ada dua kesan tembakan pada bahagian kepala lembu dan terdapat kesan melapah.

"Saya percaya pencuri menembak lembu menggunakan senapang patah supaya ia mati dengan senyap bagi menyenangkan mereka melapah daging," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: