MANILA - Selepas bayi dua kepala meninggal dunia di Pekanbaru, Indonesia kini muncul bayi yang sama tetapi dilahirkan di Filipina kelmarin.
Secara kebetulan, bayi dua kepala di Filipina itu lahir pada hari kematian bayi berkepala dua lelaki di Indonesia.
Namun, doktor-doktor di Hospital Memorial Jose Fabella di sini berusaha menyelamatkan bayi tersebut yang kini berada di unit rawatan rapi.
Bayi perempuan itu merupakan anak kepada pemandu beca roda tiga, Salvador Arganda dan isterinya, Chateria.
Seorang jurucakap hospital itu berkata, bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, bayi itu mungkin meninggal dunia jika ujian mendapati tubuhnya mempunyai satu jantung.
"Jika bayi itu mempunyai satu jantung, mereka tidak akan hidup lama," kata jurucakap tersebut.
|
|
Seorang doktor di hospital itu menyatakan ia merupakan kes yang pertama dicatatkan di hospital tersebut.
Namun, kes yang serupa pernah dilaporkan di beberapa buah hospital lain sebelum ini di Manila.
Sebelum ini seorang doktor di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia mengesahkan bayi lelaki berkepala dua yang menjadi tumpuan umum meninggal dunia akibat kegagalan organ berfungsi.
Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia pada Selasa lalu.
Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: