Pencarian telah bermula untuk mencari seseorang dengan personality ceria dan ‘cool’ juga mempunyai bakat dan paras rupa untuk mewakili imej Panasonic LUMIX.
“Kami sangat teruja untuk melancarkan kempen ini – Pencarian Bintang LUMIX Panasonic 2009. Melalui pencarian ini, peserta-peserta akan diberi peluang untuk menunjuk bakat mereka dan berpeluang untuk menjadi ‘wajah’ kepada jenama LUMIX!” kata Jeff Lee, Pengarah Eksekutif Panasonic Malaysia. Tambah Lee: “Kami juga berbangga untuk mengumumkan kelab LUMIX Panasonic 2009 di Facebook (www.facebook.com/mylumixclub). Kami berharap dengan menggunakan platform rangkaian social ‘online’ , lebih ramai yang akan menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah kami rancang disamping member kesedaran tentang kapabiliti LUMIX dlama fotografi digital” Pencarian ini menawarkan hadiah bernilai lebih dari RM 100,000.00, kontrak selama satu tahun bersama Panasonic LUMIX dan sesi fotografi untuk menghiasi wajah depan majalah T3 – majalah gajet popular di Malaysia. Pencarian Bintang LUMIX Panasonic 2009 peringkat akhir (Grand Final) dijadualkan berlangsung pada 2 Oktober 2009 di Pusat Pameran Mid Valley. Sempena dengan Pencarian Bintang LUMIX Panasonic, pertandingan fotografi akan diadakan dan Kamera Lensa mudah ditukar Digital GH1 yang akan menjadi hadiah utama untuk pertandingan Gambar Terbaik LUMIX. Pertandingan ini dibuka kepada orang awam – mereka hanya perlu berada di Grand Final di Pusat Pameran Mid Valley, dapatkan tempat yang menarik Untuk syarat-syarat pertandingan dan butiran tentang Pencarian Bintang LUMIX, layari www.lumixstar.com.my , atau www.panasonic.com.my/lumixstar. |
Friday, July 31, 2009
Pencarian Bintang LUMIX Panasonic
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: