Wednesday, July 29, 2009

Budak alah semua jenis makanan


KALEB



HILLBANK - Seorang kanak-kanak di Australia, Kaleb Bussenschutt tidak boleh makan kerana alah pada semua jenis makanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak berusia lima tahun di sini itu hanya boleh minum air kosong dan beberapa jenis air lemonad.

Dia diberi makan menerusi sebuah mesin yang mengepam zat makanan yang diperlukan terus ke dalam perutnya.

Ibunya, Melissa Bussenschutt berkata, doktor-doktor gagal mengenal pasti masalah anaknya tetapi Kaleb akan jatuh sakit dengan perutnya dipenuhi ulser sekiranya dia makan.

"Mereka masih melakukan ujian bagi mencari punca mengapa dia tidak dapat mengambil makanan. Doktor-doktor itu masih berusaha (mencari punca Kaleb alah pada makanan)," kata Melissa.

Seorang pakar alahan, Profesor Peter Sly menyatakan kes Kaleb amat jarang berlaku kerana kanak-kanak biasanya mengalami alahan ringan yang kemudian sembuh secara beransur-ansur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: