Friday, July 31, 2009

Ulang tahun ke-36 Kate


KATE BECKINSALE


AKTRES Kate Beckinsale menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 dengan kehadiran beberapa rakan baiknya, Rabu lalu di Los Angeles.

Parti ulang tahun itu disertai oleh suaminya, pengarah filem Len Wiseman, Eva Longoria Parker serta David dan isterinya, Victoria Beckham di XIV yang merupakan sebuah restoran eksklusif.

Sumber memberitahu: "Mereka semua kelihatan amat seronok dan pakaian yang digayakan mereka semua kelihatan seolah-olah berlangsungnya pertandingan fesyen, seperti siapa yang memakai gaun paling cantik dan berlian paling besar.

"Mereka menjamu selera kira-kira satu jam setengah sebelum Eva, Kate, dan Len keluar mengikut pintu hadapan restoran itu, manakala David dan Victoria menyelinap keluar mengikut pintu belakang. Baik Victoria mahupun David berharap agar kelibat mereka tidak kelihatan di restoran itu."

Kate kelihatan sungguh jelita dengan gaun hitam pendek yang ringkas dan kasut tinggi ala gladiator, sementara Eva memakai gaun malam warna biru paras lutut dan Victoria pula menyarungkan gaun berwarna hitam.

Mereka bertiga menjadi rakan karib sejak David dan Victoria berpindah ke Los Angeles pada Julai 2007.

Malah, Kate juga selalu meluahkan yang dia amat kagum dengan Victoria dan menghormatinya yang selalu merendah diri dan suka berjenaka.

"Kami hanya keluar bersantai dan makan malam. Victoria seorang yang sangat merendah diri dan selalu membuatkan kami ketawa. Dia seorang rakan yang baik dan amat memahami, kami serasi bersama," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: