Thursday, July 30, 2009

40 tahun hidup tanpa elektrik


KANAK-KANAK ini terpaksa menggunakan pelita untuk mengulang kaji pelajaran di Kampung Sentosa Dalam, Masai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Entah di mana silapnya, kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram dekat sini telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu.

Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu.

Mudah cerita, mereka mendakwa aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.

"Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati.

"Kami cemburu melihat kampung-kampung bahkan kawasan felda yang kedudukannya jauh di pedalaman telah lama menikmati kemudahan asas tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: