Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd memulakan langkah bijak dan berani apabila bakal menjana satu kempen ‘Hits Bangat Lagi Hangat’ untuk 15 buah album Indonesia dengan harga istimewa dari RM31.90 kepada RM19.90 sahaja! Satu jangkauan jumlah harga yang sangat rendah dan mampu dimiliki oleh semua.
Kempen yang akan dijalankan selama 3 bulan ini akan bermula pada 1 Ogos 2009. Kempen ini bertujuan untuk memastikan semua peminat muzik tanah air dapat menikmati dan memiliki album original artis Indonesia pujaan mereka.
Memang cukup hebat 15 album taruhan Sony Music untuk kempen 'Hits Bangat Lagi Hangat' ini. Antara album-album yang telah pun berada di pasaran adalah Yovie & Nuno, Sheila On 7, Maia, Hijau Daun, The Changcuters, Rio Febrian, Delon, Ello, Gita Gutawa dan Tangga manakala yang selebihnya bakal berada di pasaran sekitar Ogos nanti.
Selain dari kehebatan album dan artis-artis tersebut, kempen ini turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dibawa pulang oleh para peminat. Hanya melalui setiap pembelian album menerusi kempen ‘Hits Bangat Lagi Hangat’ peminat boleh memiliki poster eksklusif secara percuma yang tertera foto eksklusif 14 artis Indonesia dan juga berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai lebih dari RM200.
Selain itu peminat juga layak untuk menyertai kuiz ‘Paling Ngetop Hits Bangat Lagi Hangat’ ini serta berpeluang untuk bertemu dan menonton konsert artis kegemaran.
Walaupun ada di antara artis-artis ini tidak pernah didengar atau kurang dikenali di Malaysia, namun yang demikian mereka cukup muda, popular, digilai dan ‘keren’ di Indonesia. Maka atas faktor itulah Sony Music ingin berkongsi dan memberi lebih banyak variasi muzik untuk pencinta muzik Malaysia dan mengubah persepsi serta cita rasa pendengar ke arah yang lebih universal.
Dengan hanya RM19.90 kempen ‘Hits Bangat Lagi Hangat’ ini memang cukup hebat dan berbaloi untuk dimiliki oleh semua.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: