PADANG BESAR - Kegiatan menyeludup petrol subsidi yang sepi sejak setahun lalu muncul kembali selepas sebuah kereta jenis pikap dari Thailand yang membawa 1,500 liter petrol ditahan di Jalan Kaki Bukit-Wang Kelian dekat sini kelmarin.
Pada mata kasar, Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang warga tempatan berusia 40-an itu tiada istimewanya namun sebenarnya terdapat 10 tangki petrol telah diubahsuai di bawah kenderaan tersebut. Ia ditemui ketika pemeriksaan anggota Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP).
Komander UPP negeri, Deputi Superintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, kenderaan jenis itu kini dilihat semakin banyak mengisi petrol di stesen minyak di sekitar Padang Besar.
"Kegiatan ini aktif semula mungkin kerana harga petrol di Thailand telah melonjak sehingga RM3.30 seliter berbanding di negara ini yang cuma RM1.80 seliter," katanya kepada pemberita di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: