Thursday, July 30, 2009

Paris Hilton trauma video seksnya


GAMBAR menunjukkan Paris dalam rakaman seksnya.


LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton mendedahkan dia masih trauma berhubung penyebaran video yang menunjukkan dia dan bekas teman lelakinya, Rick Salomon melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, video seks yang disebarkan oleh Salomon pada 2003 itu membantu melonjakkan populariti Paris di Hollywood dan antarabangsa.

Mengulas mengenainya baru-baru ini, Paris berkata, dia tidak akan memaafkan Salomon kerana mempergunakan dirinya.

"Episod video seks itu amat menyakitkan. Apabila anda menyintai dan mempercayai seseorang tetapi dikhianati, anda akan mengingatinya pada setiap hari," katanya.

Sehingga kini, Paris hanya berdiam diri mengenai skandal itu tetapi dia akan mendedahkan semua kisah dalam dokumentari terbaru terbitan MTV berjudul Paris Not France.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: