JUSTIN TIMBERLAKE bakal terbabit dengan konsert penghargaan buat Micheal Jackson yang meninggal dunia pada Khamis lepas.
Namun, Timberlake mengakui dia agak 'bimbang' memikirkan mengenai perkara itu. Penyanyi lagu Sexyback itu memberitahu akhbar London's Evening Standard: "Kematian Michael Jackson sungguh tragis. Ini kerana dia satu-satunya Raja Pop. Saya berasa terharu turut dijemput untuk terbabit dengan konsert penghargaan buatnya, namun timbul pula kebimbangan."
Tambahnya: "Saya mengakui adalah peminat nombor satu Michael. Cuma saya bimbang disebabkan Michael seorang bintang mega, takut pula persembahan saya itu tidak mencapai apa yang peminat Michael mahu lihat."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: