Thursday, July 2, 2009

Jo-Anna, Adam nafi bercinta!




KISAH percintaan antara naib juara Bintang RTM dan penyanyi popular Adam sudah lama bertebaran, tetapi kesahihannya tidak pernah terjawab.

Cuma baru-baru ini, Marilyn sendiri mengorek kisah sebenarnya antara mereka berdua dan Jo-Anna gadis jelita dari Sabah menafikan sekeras-kerasnya hubungan cintanya bersama Adam.

Kata Jo-Anna dia sudah mengenali Adam hampir empat tahun dan hanya berkenalan ketika membuat persembahan bersama di Sabah.

"Kami hanya berkawan, nombor telefon dia pun saya tidak ada macam mana boleh kata saya dan Adam bercinta. Mungkin gosip ini timbul apabila video kami nyanyi secara duet dalam satu persembahan disiarkan di Internet," katanya.

Adam pula ketika dihubungi Marilyn hanya tergelak sakan apabila disoal tentang gosip cinta bersama Jo-Anna.

"Mana ada saya bercinta dengan dia, memang kami kenal sudah lama tetapi hanya kawan biasa saja," ujar Adam yang sempat memuji kecantikan semula jadi Jo-Anna.

Selidik punya selidik, memanglah mereka tidak bercinta kerana Marilyn dikhabarkan Adam kini berkasih dengan seorang bekas peserta program realiti juga tetapi bukannya Jo-Anna sebaliknya Mimie (finalis MyStarz LG2).

Ermm.. tak tahulah betul atau tidak khabar yang disampaikan tetapi kalau fikir-fikir balik Adam dan Mimie sama-sama terlibat dalam drama sulung arahan Adam yang berjudul Wira Malam: Bisikan Naga yang telah disiarkan di Astro Ria.

Mungkin daripada cinta lokasi membawa sehingga ke luar set penggambaran agaknya. Marilyn pun tumpang gembira sebab dua-dua pun sama padan dan berbakat besar lagi!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: