Thursday, July 2, 2009

Sempat maafkan bekas suami


FARRAH mula didiagnos menghidap kanser pada 2006.


FARRAH FAWCETT yang meninggal dunia Khamis lepas sempat bermaafan-maafan dengan bekas suaminya, aktor Lee Majors.

Bintang siri TV, Charlie's Angels itu menghubungi pelakon utama siri TV, The Six Popular Million Dollar Man itu pada hari jadinya yang ke-62, Februari lepas. Mereka sudah tidak bertegur sapa selama 23 tahun!

Satu sumber memberitahu majalah Us Weekly: "Pada Februari lepas, pada hari jadinya yang ke-62, Farrah buat pertama kalinya menghubungi Majors. Mereka langsung tidak bercakap selama 23 tahun, selepas bercerai.

"Perbualan menerusi telefon itu berlanjutan selama 40 minit dan mereka berbual tentang kehidupan Farrah serta penyakit kanser yang dihidapinya. Ia merupakan saat yang paling indah buat mereka selepas sekian lama tidak bercakap. Mereka bergurau dan ada masanya penuh emosi."

Farrah dan Majors berkahwin pada tahun 1973 tetapi berpisah enam tahun kemudian, sebelum sah bercerai pada tahun 1982.

Sebenarnya ketika Fawcett mula-mula didiagnos menghidap kanser pada 2006, Majors menelefon teman-teman rapatnya yang juga sahabat bekas isterinya itu bagi mengetahui perkembangan terkini tentang kesihatannya.

Tambah sumber: "Dia mengikuti perkembangan kesihatan Farrah selama dua setengah tahun. Walaupun sudah bercerai dan langsung tidak bercakap, Majors sebenarnya masih ingin mengambil tahu tentang perkembangan Farrah selepas dia didiagnos menghidap kanser pada bahagian ususnya itu."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: