Wednesday, July 1, 2009

Rahsia cinta songsang


ADAM LAMBERT (kanan) dan Drake Labry.


KRIS ALLEN dan Adam Lambert bakal menghabiskan masa bersama dalam tempoh tiga bulan akan datang ini. Juara dan naib juara American Idol musim kelapan itu bakal membuat persembahan konsert jelajah American Idol di seluruh Amerika Syarikat.

Apaila ditanya sejauh mana rapatnya hubungan mereka, Lambert menjawab: "Kris merupakan kawan heteroseksual saya yang paling rapat."

Tambahnya: "Saya tahu ada individu yang berasa gusar rapat dengan individu yang memiliki status seksual yang berlainan. Bagi saya, Kris cukup selesa dengan dirinya. Dia seorang heteroseksual, sudah berkahwin dan tidak menjadi masalah baginya untuk berkawan dengan lelaki gay seperti saya."

Biarpun lantang memberikan pendapat, namun apabila menyentuh soal hati dan perasaan, Lambert sebaliknya lebih gemar menyembunyikannya.

"Saya belum ada teman lelaki," ujarnya mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelukis dan pereka dalaman, Drake Labry.

Menurutnya lagi, "Saya tahu ramai yang ingin mengetahui siapakah pasangan saya, namun bagi saya hal berkaitan cinta merupakan sesuatu yang privasi dan tidak perlu berkongsi dengan media."

Namun dalam nada bergurau tetapi menimbulkan persoalan, dia berkata: "Ya, saya dan Drake memang bercinta! Nak tulis tentang itu, tulislah."

Kemesraan antara Lambert dan Labry terserlah selepas foto-foto mereka berpegangan tangan dirakam paparazi baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: