KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperluaskan latihan pembantu rumah di kalangan rakyat tempatan sebagai alternatif untuk mengelakkan kebergantungan terhadap pekerja warga negara asing seperti sekarang.
Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, rakyat tempatan yang terlibat tidak digelar pembantu rumah atau amah tetapi digelar pengurus kediaman.
Pada peringkat awal menurutnya, seramai 157 orang telah menjalani latihan di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk mengisi jawatan tersebut.
“Ini merupakan projek perintis yang dimulakan di beberapa negeri sejak Januari lalu dan mulai Ogos ini kita akan memperluaskannya di seluruh negara berikutan wujud keperluan dan permintaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: