Wednesday, July 1, 2009

Farawahida cabar saya – Julfekar


FARAWAHIDA bersama Julfekar ketika masih dibawah satu bumbung.


KUALA LUMPUR – Perbalahan antara komposer Julfekar Ahmad Shah, 45, dan penyanyi Farawahida, 24, nampaknya semakin menjadi-jadi.

Ia bermula dengan kes Farawahida didakwa melanggar kontrak dengan syarikat milik Julfekar Millenium Art Sdn. Bhd. Mac lalu apabila beliau menghantar notis berhenti 24 jam daripada menjadi artis rakaman syarikat tersebut.

Ekoran tindakan Farawahida itu, komposer berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM431,000 sedangkan penyanyi itu masih mempunyai baki kontrak selama setahun.

Bagaimanapun, tindakan penyanyi itu muncul pada konsert akhir Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2009 Ahad lalu telah menimbulkan kemarahan Julfekar.

Berdasarkan kontrak menurut Julfekar, Farawahida tidak boleh membuat sebarang persembahan tanpa kebenaran pihaknya kerana penyanyi itu masih terikat dengan kontrak syarikat itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: