|
|
KUALA LUMPUR - Model terbaru kereta Lotus, Evora S yang bakal memasuki pasaran negara pada suku keempat tahun ini dijangka meningkatkan lagi jualan Proton Holdings Bhd., syarikat pegangan Lotus Group International Ltd. (Lotus).
Menurut Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, kemasukan model baru itu juga disasarkan bagi mengukuhkan lagi pasaran sedia ada kereta itu.
Jelasnya, kereta sport mewah itu memiliki permintaan yang menggalakkan daripada sekumpulan peminatnya yang tersendiri.
Beliau berkata, sehingga kini syarikat itu mempunyai tiga model Lotus iaitu Elise S, Europa S dan Exige S.
"Kami menyasarkan untuk menjual sekurang- kurangnya 50 hingga 60 unit kereta Lotus setahun.
"Apabila model terbaru Evora S memasuki pasaran, ia dijangka meluaskan penguasaan pasaran kami dalam segmen ini," katanya selepas majlis perasmian Pameran Lotus 2009 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: