Thursday, July 2, 2009

'Perompak' pasir beraja di Selangor


SALAH sebuah tempat berlakunya aktiviti korek pasir secara haram di Kampung Sungai Lalang, Semenyih.


SEMENYIH - Aktiviti sindiket curi pasir di ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Medang di Sunway Semenyih di sini sekali lagi menggambarkan betapa teruknya aktiviti curi pasir di Selangor.

Ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan penduduk di sekitar kawasan itu malah perompak pasir itu 'menyedut' ratusan juta wang yang sepatutnya diperoleh oleh kerajaan negeri.

Sejak setahun setengah sindiket berkenaan 'menyedut' hasil bumi itu, lompong dan lopak-lopak kelihatan di tengah-tengah ladang kelapa sawit itu jika dilihat dari udara dan keluasannya sudah merebak sehingga 1.6 hektar atau sama besar dengan empat kali padang bola.

Malah, menurut satu sumber industri, jika selama setahun setengah beroperasi dengan kapasiti 10 lori sehari dan setiap setan pasir berharga RM450, kerajaan negeri kerugian RM2.4 juta.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri dilaporkan kerugian sebanyak RM100 juta akibat kecurian pasir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: