Wednesday, July 29, 2009

Keturunan Sikh jaga Ratu Britain


SIMRANJIT (kiri) dan Sarvjit Singh.



LONDON - Dua anggota tentera Britain berketurunan Sikh diberi penghormatan untuk mengawal keselamatan pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II, lapor sebuah akhbar semalam.

Simranjit Singh, 26, mencipta sejarah sebagai askar Sikh pertama diberi penghormatan melakukan tugas tersebut bersama Lans Koperal Sarvjit Singh, 28, di Istana Buckingham.

Simranjit bertugas dengan Rejimen Semboyan ke-21 yang berpangkalan di Chippenham, Wiltshire manakala rakannya itu berkhidmat untuk Rejimen Kor Udara Tentera Darat di Wattisham, Suffolk.

Mereka dibenarkan menyimpan janggut dan memakai serban semasa menjalankan tugas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: