Wednesday, July 29, 2009

Kadar seks rata di rumah pelacuran


GAMBAR fail menunjukkan seorang pelacur Ukraine berjalan di dalam sebuah rumah pelacuran di Berlin.



BERLIN - Rumah-rumah pelacuran di Jerman menawarkan beraneka pakej istimewa termasuk 'kadar seks rata' bagi memerangi kemelesetan ekonomi yang menjejaskan perniagaan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Tawaran 'kadar seks rata' memberi peluang kepada pelanggan untuk meniduri seberapa ramai pelacur yang mereka ingini dengan sekali bayar.

Selain itu, rebat diberikan kepada pesara, penganggur dan mereka yang menerima bantuan kebajikan.

Beberapa pemilik rumah pelacuran di sini turut memberi diskaun kepada pemandu teksi dan pengutip sampah pada setiap 15 haribulan.

Bagaimanapun, kadar seks rata itu mencetus kemarahan ahli-ahli politik Jerman yang menganggapnya sebagai menjijikkan.

"Ia (kadar seks rata) menjatuhkan maruah manusia," kata Menteri Dalam Negeri Baden-Württemberg, Heribert Rech.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: