|
|
MELBOURNE – Pelakon Katie Holmes menggeletar ketakutan setelah dia menyaksikan sebuah kereta terbakar di set penggambaran filem yang dibintanginya pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Isteri kepada pelakon filem Mission Impossible, Tom Cruise itu berjaya mengatasi trauma tersebut dengan bantuan anaknya, Suri yang berumur tiga tahun.
Kanak-kanak itu membuatkan Homles tidak duduk diam kerana Suri berlari ke sana dan ke sini di set penggambaran filem seram Don't Be Afraid Of The Dark di Melbourne, Australia.
Bateri sebuah kereta tiba-tiba memercikkan api sebelum mengeluarkan asap dan terbakar sejurus selepas dia keluar dari kenderaan tersebut di set penggambaran filem itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: