|
|
KUALA LUMPUR – Kira-kira 10 peratus pengusaha kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara didapati gagal mematuhi syarat dan kerajaan tidak menyambung kontrak mereka.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kerajaan tidak berkompromi membabitkan soal keselamatan, kesejahteraan dan keberkesanan PLKN.
“Setakat ini, kira-kira 90 peratus pengusaha kem mematuhi syarat yang ditetapkan dan kontrak mereka disambung semula selama tiga tahun mulai tahun ini tetapi tidak perlu sampai tujuh tahun seperti yang diminta,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Presiden Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (Pkpn), Datuk Mohd. Noh Rajab yang mahu kerajaan mengkaji semula tempoh kontrak yang diberikan kepada pengusaha kem daripada empat kepada tujuh tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: